Ruangan ini menyediakan bahan-bahan berkaitan dengan panduan/sumber pengajaran yang boleh digunakan oleh semua guru pelatih. Bahan-bahan sama ada dalam bentuk teks, grafik dan video boleh di muat turun secara percuma. Semoga bahan ini dapat membantu dalam penyampaian p&p anda. Sila berikan komen anda pada ruangan blog tentang bahan yang di muat turun...selamat mengajar.
Slaid PPT Bahan Bantu Mengajar.
|
BBM.pptx Size : 4095.154 Kb Type : pptx |
Pembestarian Sekolah
Pembestarian sekolah adalah proses yang dijalan untuk mewujudkan sesebuah sekolah yang mempunyai ciri-ciri seperti;
• mempunyai falsafah bahawa semua pelajar boleh belajar;
• mempunyai kurikulum yang mengambil kira keupayaan dan keperluan semua pelajar;
• mempunyai persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran;
• mempunyai sistem pentaksiran yang berterusan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran;
• pengetua dan guru yang professional; dan
• penglibatan serta sokongan tinggi daripada ibu bapa dan komuniti.
Ciri-ciri ini melibatkan proses pembestarian yang cuma dapat dijayakan dengan kerjasama semua pihak yang berkepentingan iaitu guru, pengetua dan guru besar, staf sokongan, pelajar, ibu bapa, dan komuniti. Di antara langkah-langkah proses pembestarian adalah :
a) mewujudkan visi dan misi sekolah;
b) menilai semula situasi sekolah ;
c) mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sekolah;
d) mewujudkan pelan pembestarian sekolah; dan
e) menilai semula kemajuan pembestarian dan mengambil tindakan yang bersesuaian.
Pencapaian pelaksanaan pembestarian boleh diukur dengan melihat ciri-ciri pelajar yang dihasilkan, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran sekolah, kemahiran guru, dan penglibatan komuniti. Hasil pelaksanaan pembestarian sekolah boleh diukur melalui elemen-elemen utama seperti berikut:
• guru sebagai pemudah cara dalam pembelajaran;
• pentadbir sebagai pengurus berkesan;
• pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran; dan
• penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Adalah diharapkan melalui program pembestarian sekolah, sekolah akan memulakan proses membestarikan amalan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan dan pentadbiran, menggunakan teknologi sedia ada secara optimum, dan berusaha untuk meningkatkan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi sekolah secara berperingkat dan berterusan.
Pautan di bawah merupakan panduan untuk pembestarian sekolah serta pembestarian dalam P&P. Sila download untuk mendapatkan bahan tersebut;
|
PanduanPembestarianSekolah.pdf Size : 1240.498 Kb Type : pdf |
|
Buku_KemahiranGenerik.pdf Size : 8409.642 Kb Type : pdf |